Artikel

KKM Akan Muktamadkan SOP Mengundi Pada Isnin Depan

Proses mengundi pada 19 November kelak, akan membenarkan semua pihak menjalankan tanggungjawab pemilihan pentadbiran Malaysia – ini bermakna terdapat potensi untuk mereka yang dijangkiti COVID-19 turut serta dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (RU15). 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada makluman hari ini (28 Oktober) menjelaskan akan memberi maklum-balas kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh terdekat, iaitu sehari atau dua hari lagi. 

Berdasarkan cadangan awal, KKM berkemungkinan menyarankan penekanan pelitup muka serta hak mengundi bagi individu positif COVID-19 untuk rakyat negara yang terkesan.

Akan tetapi buat masa ini kedua pihak masih dalam peringkat perbincangan dan sama-sama kita nantikan maklum balas SOP mengundi yang disarankan KKM tidak lama lagi.