Dalam usaha meningkatkan pasaran kenderaan terpakai di negara, SOCAR bersama myTukar kini laksana kerjasama meningkatkan kelestarian pasaran.
Menerusi aturan ini, myTukar akan bertindak membantu proses tukar-beli secara menyeluruh – sementara SOCAR pula akan laksana penjualan 140 unit kenderaan segmen B kepada myTukar dan seterusnya akan membeli 150 unit model kenderaan terpakai yang diperakui oleh myTukar. Antaranya seperti jenama Proton dan Honda.
Selain itu, kedua-dua pihak turut akan menyediakan inisiatif eksklusif di mana SOCAR dilaporkan akan menerima servis eksklusif dari myTukar bagi menjamin kualiti perkhidmatan kereta mereka mencapai piawaian pasaran kenderaan negara.
Kerjasama membawa erti tidak hanya menambah-baik kecekapan penyelenggaraan unit kenderaan terpakai, tetapi turut mempercepatkan proses permintaan jua-beli dan produktiviti perkhidmatan sewa kenderaan kepada pengguna awam.