Artikel

Samsung Lantik Lee Jae-yong Selaku Peneraju Baharu, Selepas Terlibat Skandal Rasuah

Walaupun pernah bergelut dalam isu rasuah, Lee Jae-yong selaku pewaris generasi ketiga kekal di pilih untuk mengendalikan Samsung Electronics sebagai Pengerusi Eksekutif baharu kumpulan. 

Pemilihan tersebut telah dicapai hasil perbincangan lembaga pengarah Samsung pada sidang semalam (27 Oktober). Lantikan ini bermakna Pengerusi Lee akan mengelola penyedia cip terbesar global pada nilai $250 bilion. 

Apa yang menarik, di bawah pimpinan baharu ini dunia akan melihatkan pergerakan Samsung Electronics mendepani isu perdagangan antarabangsa antara Amerika Syarikat (AS) bersama China, yang dilihat akan memberi tekanan kepada pelaburan cip Samsung dari semasa ke semasa. 

Menerusi lantikan tersebut, Pengerusi Lee memberi jaminan ia sebuah permulaan baharu untuk kerjayanya dan akan menggandakan usaha meluaskan empayar cip Samsung di seluruh pasaran.