Artikel

DBKL Tidak Benarkan Bina Lebuh Raya Baharu, Ingin Atasi Kesesakan Trafik di KL

Menyedari masalah kesesakan trafik yang semakin meruncing di laluan ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kelak akan mengambil pendekatan untuk mengehadkan dan tidak membenarkan lebuh raya baharu dibina bagi tangani isu tersebut.

Mengikut penjelasan Datuk Bandar Mahadi Che Ngah, pembinaan lebuh raya baharu sedemikian telah mengakibatkan kesesakan pada kemasukan kenderaan ke pusat bandar dan pihaknya bercadang hanya mempertimbangkan pembinaan lebuh raya sambungan bersama lebuh raya sedia ada sahaja.

Penyambungan lebuh raya dilihat lebih efektif, memudahkan laluan kenderaan di samping membantu negara melandaikan isu kesesakan yang dihadapi ketika ini.