Artikel

CEO Twitter Kini Dipecat, Elon Musk Ambil-Alih Platform Pada Nilai $44 Bilion

Secara rasminya, Elon Musk kini memuktamadkan drama peralihan Twitter dengan membeli platform media sosial tersebut pada nilai $44 bilion, pada hari ini (28 Oktober).

Bagaimanapun peralihan tersebut dimaklumkan tidak akan menjejaskan 75% atau lebih 5,000 kakitangannya yang digambarkan sebelum ini bakal ditamatkan perkhidmatan. Elon Musk memaklumkan tindakan tersebut tidak akan dilaksanakan.

Akan tetapi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Parag Agrawal bersama CFO Ned Sagal dan Ketua Polisinya Vijaya Gadde dilaporkan telah dipecat serta-merta. Ini bermakna bahagian pengurusan kanan platform media sosial tersebut yang terkesan.

Berbalik kepada matlamat Elon, peralihan Twitter ini kelak akan memperlihatkan perubahan hala tuju media sosial tersebut – antaranya menjadikan ia sebuah aplikasi super dan lebih bebas.