Artikel

Harga Tambang Tiket Penerbangan Semakin Menurun – MAVCOM

Kadar harga tiket penerbangan domestik Malaysia dilihat semakin berkurangan bagi tempoh pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke 15, pada 16 November sehingga 20 November. 

Berdasarkan pemerhatian MAVCOM – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia pada makluman hari ini (27 Oktober) penurunan ini disokong hasil penawaran diskaun dan promosi oleh penyedia penerbangan negara dilaksanakan.

Secara puratanya mengikut analisis MAVCOM tambang penerbangan domestik sehala merentasi semua syarikat penerbangan bagi laluan di Semenanjung Malaysia ialah RM185. Manakala purata tambang penerbangan bagi laluan Malaysia Timur pula sekitar RM188 dan RM296 bagi laluan udara antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.

Bagaimanapun melihat pada purata ini, penulis berpendapat kadar sedemikian masih lagi tinggi khususnya buat pengundi belia yang masih berstatus pelajar atau yang baru memasuki Alam pekerjaan. Menerusi situasi ini, diharap pihak penyedia penerbangan untuk terus menawarkan potongan harga tiket lebih rendah Menjelang tempoh tersebut.