Artikel

TNB, Gamuda Land Bakal Bina Stesen Pengecasan EV Berkuasa Solar – Sasar Siap 2025

Selari dengan matlamat Malaysia untuk memperkasakan pembangunan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) – Tenaga Nasional Bhd (TNB) bersama Gamuda Land kelak akan membina dua Stesen Electron yang berkuasa solar pertama di negara.

Pada kenyataan hari ini (27 Oktober) pembangunan stesen berkuasa solar tersebut akan dilaksanakan di bawah pelan hartanah Gamuda Land di Gamuda Cove dan Taman Gamuda.

Sama seperti stesen minyak konvensional, stesen pengecasan elektrik ini selain menyediakan pengecasan AC dan DC – terdapat juga kemudahan lain seperti perkhidmatan makan, kedai serbaneka dan ruang menunggu untuk para pelanggan serta berasaskan perancangan awal, infrastruktur ini disasarkan tersedia untuk perkhidmatan awam menjelang tahun 2025 kelak.