Bagi meningkatkan akses pembelajaran, Petronas kelak akan membangunkan dua Pusat Sains di Tawau dan Sandakan, Sabah.
Pembangunan bernilai RM10 juta ini dijangka akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pembelajaran merangkumi maker studia, playsmart serta aktiviti menguji minda.
Petronas menyasarkan pembangunan pusat sains ini akan tersedia mulai 2024 kelak dan bermatlamat membantu pendidikan negara, khususnya pelajar Sabah diberi pendedahan meluas dalam bidang STEM – Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
Selain itu, terdapat pertimbangan juga untuk Petronas membangunkan tiga lagi pusat sains di Sabah pada 2023 kelak.