Menjelang 19 November ini, Malaysia kali pertama akan menyaksikan penyertaan pengundi muda berusia antara 18 tahun – 20 tahun dalam proses Pilihan Raya Umum ke 15 kelak.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat 9 Oktober lalu didapati seramai 1.39 juta daripada kumpulan 18-20 tahun akan menyertai kategori usia rakyat Malaysia yang lain pada proses mengundi kali ini.
Pertambahan itu secara keseluruhan menjadikan jumlah pengundi negara pada PRU15 ini adalah seramai 21.17 juta di seluruh Malaysia, ia merangkumi;
- 21-29 tahun seramai 4.6 juta pengundi
- 30-39 tahun seramai 4.68 juta pengundi
- 40-49 tahun seramai 3.6 juta pengundi
- 50-59 tahun seramai 3.02 juta pengundi
- 60-69 tahun seramai 2.2 juta pengundi
- 70-79 tahun seramai 1.09 juta pengundi
- 80-89 tahun seramai 353,631 pengundi
- 90 tahun dan ke atas seramai 86,914 pengundi
Melihat pada angka itu, SPR menyarankan agar semua pihak mengambil peranan mereka – melunaskan tanggungjawab mengundi di kawasan berkaitan. Jumlah tersebut akan menjadi penentu kepada negara membentuk pentadbiran baharu Malaysia pada akhir November ini.
https://twitter.com/sprgovmy/status/1585540436499656704