Artikel

Jumlah Kematian Tahunan Malaysia Semakin Naik, Catat 224,569 Individu

Statistik kematian penduduk di Malaysia dilihat semakin meningkat sekitar 36% kepada jumlah 224, 569 kematian dengan 127,824 kematian melibat penduduk lelaki dan 96,745 kematian melibatkan penduduk wanita.

Peningkatan ini mengikut perkongsian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada hari ini (27 Oktober) didorong akan pertambahan jumlah kematian akibat penularan COVID-19 di negara. Berdasarkan perincian, jumlah kematian akibat COVID-19 telah mencatatkan 31,063 (19.8%), iaitu senarai kedua kematian utama di Malaysia.

Ini senarai 5 sebab kematian utama yang berlaku di Malaysia bagi 2021;

Secara keseluruhannya jelas menunjukkan kehadiran COVID-19 telah meningkatkan pertambahan kadar kematian negara pada tahun lalu, ini dapat dilihat apabil 9 negeri Malaysia menunjukkan sebab utama kematian penduduk adalah disebabkan jangkitan wabak.

Akan tetapi hanya Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis dan Terengganu sahaja tidak mencatatkan jangkitan COVID-19 sebagai sebab utama kematian negeri mereka.