Artikel

4.8 Juta Penumpang Malaysia Pilih AirAsia – Pacu Perkhidmatan Bagi Suku Ketiga

Capital A, yang dahulunya dikenali sebagai AirAsia Group kini memperlihatkan lonjakan menarik pada prestasi suku ketiga tahun 2022.

Di mana secara menyeluruhnya, kumpulan berjaya meraih peningkatan 36% kepada 9.9 juta penumpang untuk cawangan meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand. Prestasi ini jelas menunjukkan berlakunya pertumbuhan jumlah trafik penumpang bagi rekod tahun-ke-tahun pada 2,189%.

Untuk makluman, prestasi AirAsia Malaysia sahaja telah meningkat dengan jumlah penumpang yang di bawa lebih 4.8 juta bersama kapasiti keseluruh meningkat kepada 5.6 juta. Setakat suku ketiga, AirAsia Malaysia telah terbang ke 57 destinasi dengan 41 daripadanya adalah laluan antarabangsa.

Tidak hanya lonjakan prestasi segmen penerbangan, Capital A juga memaparkan pencapaian menarik dalam segmen digital dan logistiknya – di mana aplikasi sehenti airasia Super App kini meraih 9.5 juta purata pengguna aktif bulanan (MTU) dalam tempoh tersebut, meningkat 161% untuk prestasi tahunan.

Diikuti segmen BigPay menunjukkan peningkatan kepada 1.26 juta pengguna, manakala airasia Ride pula telah mencapai lebih 550,000 tempahan seru-pandu dan kini mula diperluas pada pasaran Sarawak.

Malah segmen logistik Teleport turut meningkat dari aspek kapasiti mengangkut sebanyak 26,667 tan dan berjaya meraih jumlah pesanan penghantaran sekitar 2.7 juta pada suku tersebut.