Artikel

Bank Islam Umum Bakal Beralih Sepenuhnya Ke Go Secure – Mulai Jun 2023

Sejajar dengan matlamat bank pusat negara untuk melindungi hak pengguna, Bank Islam memaklumkan pihaknya akan beralih sepenuhnya – menggunakan sistem pengesahan Go Secure mulai Jun 2023 kelak.

Go Secure, adalah kaedah pengesahan yang berasaskan aplikasi ini bertindak meluluskan aliran transaksi yang dijalankan di Perbankan Internet Bank Islam (IB) dan aplikasi GO by Bank Islam. Buat pengetahuan umum, pelaksanaan Go Secure telah dijalankan sejak tahun 2020, namun ia sekadar tertumpu pada aliran perbankan elektronik.

Kini sistem pengesahan tersebut diperluaskan ke seluruh pengguna Bank Islam.

Ini bermakna Go Secure akan menggantikan perkhidmatan pengesahan i-Access Code (IAC) yang dihantar melalui mesej ke nombor telefon pengguna yang berdaftar. Melalui peralihan ini, ia sekaligus dapat meningkatkan kecekapan keselamatan pengguna untuk menangani ancaman penipuan di masa hadapan.