Artikel

30% Pengguna Akui Pempengaruh Jadi Rujukan Sebelum Laksana Pembelian – Shopee

Pempengaruh pada era ekonomi ketika ini dilihat memiliki kedudukan tersendiri apabila berupaya mempengaruhi tingkahlaku pengguna dalam menentukan aliran perbelanjaan mereka.

Dapatan terbaharu Shopee pada kesan pempengaruh di Malaysia ini mendapati dapati kumpulan ini berjaya mewujudkan pelbagai impak apabila 30% pengguna atas talian kini akui mereka akan merujuk kepada pempengaruh untuk mengesahkan semula pilihan pembelian produk mereka sebelum bertindak membelinya.

Malah 3 daripada 10 pembeli menginginkan pempengaruh laksana interaksi bersama pengguna secara peribadi untuk memastikan mereka lebih keterdepan dalam pengetahuan pembelian barangan.

Untuk makluman tinjauan ini merangkumi 2,459 pembeli di pasaran yang merangkumi gen-z (40%), milenial (36%), generasi x (17%) dan baby boomer (7%).

Dan didapati, ini antara faktor mengapa pengguna mengikuti pempengaruh dalam segmen pembelian atas talian;

  • 22% pengguna ingin memastikan mereka kekal ketahui trend semasa dan mendidik diri
  • 21% pengguna melihat ia bertepatan dengan minat mereka
  • 20% ingin ketahui perkara baharu
  • 7% pengguna mengikuti atas faktor populariti