Artikel

Projek RM40 Bilion Langkasuka Village Di Langkawi, Kini Dimulakan – Jangka Siap Ogos 2023

Bermula akhir bulan ini, projek pembangunan Langkasuka Village di Langkawi akan memulakan fasa pertama pembinaannya di bawah pengendalian Langkasuka Land – anak syarikat Widad Business Group.

Dengan sasaran berkeluasan 2,000 ekar ini, pembangunan projek tersebut akan meluaskan skop ekonomi perkhidmatan di Langkawi. Merangkumi bahagian peruncitan, pusat membeli-belah, hospital, kediaman mewah, hotel bertemakan hutan hujan, rekreasi, kelab golf dan lokasi pendidikan.

Pembangunan tanah bernilai RM40 juta ini disasarkan mengambil masa antara 20 tahun untuk disiapkan secara menyeluruh. Pihak pelancongan menyasarkan pembangunan pelan ini akan berteraskan kepada konsep nusantara bersama elemen ikonik tempatan.

Bagi fasa pertama, ia dijangka dapat diselesaikan pada Ogos 2023 kelak dan disasarkan menjadi pemacu perubahan sektor pelancongan Langkawi di masa hadapan dengan pulangan pelaburan sehingga RM100 bilion.