Pengendali makanan segera, Yum Brands kelak mengambil keputusan untuk keluar dari pasaran Rusia dengan bertindak menjual seluruh cawangan jenamanya iaitu KFC – ke pengendali tempatan negara tersebut.
Mengikut perkongsian, setakat ini pihaknya telah mencapai perjanjian bersama pengendali makanan tempatan Rusia iaitu Smart Service yang dikendalikan oleh francais KFC Rusia sedia ada Konstantin Yurievich Kotov dan Andrey Eduardovich Oskolkov untuk laksana peralihan cawangan.
Pemindahan hak milik tersebut difahamkan merangkumi pemilikan lokasi, sistem pengendalian dan hak francais induknya.
Melalui peralihan ini, ia secara langsung akan memperlihatkan penjenamaan semula sekitar 1,000 cawangan KFC di Rusia dan pihak Yum menjangkakan perubahan tersebut akan terus mengekalkan jumlah pekerja sedia ada.