Peratusan inflasi di Malaysia terus memaparkan peningkatan, apabila setakat September lalu memperlihatkan kenaikan 3.3% kepada 4.5% paras inflasi untuk tempoh 9 bulan 2022.
Pertambahan aliran inflasi itu, dilihat telah didorong hasil tekanan harga makanan dan minuman bukan alkohol yang menyumbang 29.5% daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP). Di mana tekanan harga makanan di luar rumah telah naik sebanyak 8.7%, diikuti tekanan harga makanan di rumah pula sebanyak 5.7%.
Situasi ini berlaku berikutan kenaikan harga bahan makanan seperti mee, tepung gandum, ayam dan sayur-sayuran.
Antara makanan di luar rumah yang alami kenaikkan mengikut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada laporan IHP adalah seperti berikut;;
- Roti Canai (15.4%)
- Nasi Campur (12.3%)
- Masakan berasaskan Sayur (12.3%)
- Masakan berasaskan Daging (10.2%)
- Makanan berasaskan Mee (10.1%)
Maka melihat pada kenaikan, pemerhati ekonomi kini menjangkakan tekanan harga makanan akan terus meningkatkan risiko lonjakan inflasi negara pada bulan mendatang. Meskipun kenaikan inflasi mungkin lebih kecil, namun kenaikan secara berterusan ini kekal menjadi tanda amaran buat pengguna – untuk terus bersedia depani kekangan aliran tunai kelak.