Artikel

AirAsia Hotels Sasar Jadi Pilihan Tempahan Penginapan Asia – Bakal Tawar Harga Istimewa

AirAsia terus menggandakan usaha pengukuhan operasi mereka pada pasaran serantau, apabila melaksanakan kesepakatan bersama 50 kumpulan dari segmen perhotelan terkemuka di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina pada sidang petang ini (25 Oktober).

Melalui airasia Super App, segmen airasia hotel akan dimanfaatkan bersama rakan kongsi perhotelannya bersama 1.25 juta pengguna aktif airasia.

Sehingga kini, aplikasi sehenti tersebut telah menawarkan lebih 700,000 pilihan hotel di seluruh dunia kepada pengguna dan kelak pengguna bakal menerima harga penginapan yang menarik di bawah skim Jaminan Harga Terbaik yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Bersempena langkah pengukuhan itu, airasia kini bawakan semula SUPER Travel Fest di mana menawarkan 50% diskaun potongan bersama kod SUPERTAVEL untuk mana-mana penginapan hotel di bawah penawaran aplikasi bermula 26 Oktober sehingga 28 Oktober ini.

Tidak hanya itu, pengguna juga berpeluang menikmati SUPER Hour pada tempoh tersebut – iaitu tawaran penginapan satu malam percuma untuk tempahan hotel bertaraf tinggi di lokasi terpilih.

Bagi maklumat lanjut, para pengguna boleh layari laman rasmi AirAsia atau aplikasi Super App untuk ketahui perincian seterusnya.