Selaras dengan langkah meningkatkan perlindungan pengguna dari ancaman penipuan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), CIMB kelak akan tampil dengan polisi baharu iaitu hanya membenarkan satu peranti berdaftar sahaja bagi pengesahan aplikasi CIMB Clicks – bermula akhir Oktober ini.
Langkah itu bermakna, semua pelanggan baharu dan sedia ada yang telah memuat-turun aplikasi CIMB Clicks hanya boleh mendaftarkan satu perantu sahaja untuk pengesahan SecureTAC.
Ini membawa erti hanya satu peranti utama sahaja akan dipautkan dengan identiti CIMB Clicks dalam satu-satu masa. Sementara pengguna sedia ada yang memiliki dua peranti berdaftar sebelum ini akan alami perubahan dan perlu akan beralih ke satu peranti sahaja.
CIMB menjangkakan peralihan ke satu peranti tersebut akan selesai menjelang Mac 2023 kelak dan memaklumkan pihak bank setelah itu akan menyahaktifkan secara automatik peranti yang tidak didaftarkan sebagai peranti utama oleh pengguna pada aplikasi.
Sebarang makluman lanjut, para pengguna CIMB boleh layari pautan rasmi untuk penjelasan terperinci.