Unicorn atau dikenali sebagai startup yang bernilai lebih $1 bilion di pasaran ekonomi – kini disasar dapat dicapai oleh Malaysia dengan memiliki 5 unicorn menjelang tahun 2025.
Memahami kepentingan matlamat tersebut, ScaleUp Malaysia bersama Proficeo dengan kerjasama Penjana Kapital dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini mengatur langkah melancarkan platform 100 Soonicorns buat ekosistem startup negara.
Soonicorns untuk makluman adalah platform untuk startup yang berjaya meraih sekurang-kurangnya AS$1 juta daripada firma modal teroka atau pelabur institusi dan tersedia untuk startup yang menjana pendapatan sebanyak AS$2 juta sepanjang 12 bulan yang lalu.
Setakat ini lebih 2,500 syarikat startup di Malaysia memiliki potensi untuk perkasakan matlamat negara menjadi antara 5 unicorn dalam tempoh 3 tahun mendatang.