Artikel

Malaysia Perlu Tanggung Gaji Asas Hampir RM55,000 Sebulan – Jika Ingin Miliki 3 Timbalan Perdana Menteri

Menghampiri proses pengundian Pilihan Raya Umum (PRU15) pada 19 November, terdapat cadangan untuk Malaysia memiliki tiga Timbalan Perdana Menteri pada pembentukan pentadbiran baharu kelak. 

Cadangan tersebut difahamkan bertujuan untuk mengelakkan pembaziran latikan menteri kanan, di samping memperkasakan matlamat negara diantara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 

Akan tetapi tahukah pembaca di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 memperuntukkan gaji bulanan Perdana Menteri berjumlah RM22,826.65, Timbalan Perdana Menteri pula berjumlah RM18,168.15.

Ini bermakna sekiranya Malaysia mencapai sepakat, melantik 3 jawatan Timbalan Perdana Menteri pada pembentukan pentadbiran baharu kelak – ia memerlukan negara menampung hampir RM55,000 gaji sebulan untuk tiga jawatan tersebut.

Dan semua gaji ini tidak termasuk akan elaun serta faedah tambahan lain. Meskipun begitu, usul tersebut masih diperingkat manifesto parti politik negara, yang memperlihatkan antara agenda hala tuju pembangunan pentadbiran Malaysia kelak.

Sekadar perkongsian, negara sejak tahun 2020 tidak lagi melantik jawatan Timbalan Perdana Menteri dan mengamalkan sistem empat Menteri Kanan selepas jawatan Perdana Menteri.