Selepas SHEIN, Carousell akhir minggu lalu memaklumkan terdapat ketirisan data berlaku ke atas 1.95 juta pengguna laman e-dagangnnya.
Berdasarkan makluman awal, pencerobohan data tersebut melibatkan pengguna Singapura dan ia merangkumi sekitar 39% daripada akaun penggunannya di sana. Setakat ini, menurut Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC), Carousell telah melaksanakan siasatan dan telah menghubungi pengguna yang terkesan akibat ketirisan tersebut.
Mengikut pemerhatian, dilaporkan data ini meliputi nombor akaun, emel, nombor telefon ini telah dipasarkan di pasaran web gelap pada nilai $1000 dan difahamkan jumlah ketirisan data dianggarkan sekitar 2.6 juta pengguna.
Bagaimanapun pihak Carousell memaklumkan hanya 1.95 juta data pengguna sahaja terkesan berdasarkan siasatan syarikat.