Artikel

Kilang Vaksin Halal Malaysia Bernilai RM300 Juta – Dijangka Siap 2024

Kilang vaksin halal milik Phamarniaga LifeScience yang dianggar bernilai RM300 juta kini telah berjaya mencapai kemajuan 90%, dijangka bakal beroperasi pada tahun 2024 – seperti apa yang disasarkan pada akhir November 2020 lalu.

Adanya usaha pembangunan vaksin halal pertama di lokasi Selangor ini, Pharmaniaga pada kenyataan rasmi melihat ia tidak sekadar membantu sektor perkhidmatan negara tetapi turut mengurangkan pengantungan import terhadap bekalan vaksin yang kritikal.

Selain pembangunan kilang vaksin bersama pengesahan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Pharmaniaga turut menyasarkan penyelesaian kilang insulin yang dijangka siap pada tahun berikutnya iaitu 2025, kini telah mencapai kemajuan pembangunan 70%.

Menerusi usaha itu, Malaysia juga dapat mengurangkan penggantungan pembekalan insulin dari pasaran global dan seterusnya dapat menjamin ketersediaan sektor kesihatan akan sebarang risiko ancaman dunia di masa hadapan kelak.