Artikel

Carsome Perluas Operasi Ke Sarawak – Kini Buka 4 Pusat Pemeriksaan Baharu

Carsome, pengendali kenderaan terpakai secara atas talian bagi pasaran Asia Tenggara kini terus memperluaskan jejak jenamanya di Malaysia – apabila mula mengembangkan operasi ke Sarawak.

Melalui pembukaan 4 buah pusat pemeriksaan kenderaan baharu tersebut, Carsome ingin memenuhi matlamat perkhidmatan mereka untuk semua rakyat Malaysia tanpa sebarang halangan. Adanya kehadiran mereka ini akan menambah-baik ekosistem kenderaan terpakai di pasaran negeri.

Untuk makluman, empat pembukaan hab pemeriksaan baharu ini ia merangkumi lokasi Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu. Adanya penambahan ini, sekaligus menjadikan Carsome memiliki 49 buah pusat pemeriksaan di seluruh Malaysia.