Bermula 17 November sehingga 21 November kelak, para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) akan menerima pelepasan pulang untuk memenuhi tanggunjawab mengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Makluman ini telah dikongsikan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datuk Prof Husaini Omar, di mana pelepasan tersebut seiring dengan gagasan negara memperkasakan penguatkuasaan Undi18.
Menerusi kenyataan itu, dalam tempoh tersebut segala aktiviti pembelajaran dan luar pengajian perlu ditangguhkan untuk suatu tempoh yang lain. Maka tindakan selanjutnya, KPT memaklumkan pengesahan makluman rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat untuk semua pihak terlibat.
Adanya pemberitahuan pelepasan awal ini, ia sekaligus membantu para pelajar dan tenaga pengajar merancang perjalanan mereka dengan lebih baik untuk mengelakkan kesesakan trafik.