Kopi Kenangan telah pun melebarkan sayap mereka ke pasaran Malaysia baru-baru ini dibawah nama Kenangan Coffee. Kedai pertama mereka telah pun mula beroperasi di Suria KLCC. Malaysia sedia menjadi negara pertama yang dipilih untuk mengembangkan jenama tersebut, selepas populariti di Indonesia.
Disamping membuka di Suria KLCC, kini pihak Kenangan Coffee turut menyasarkan untuk membuka empat lagi cawangan di sekitar Lembah Klang dalam masa terdekat.
Empat lokasi yang bakal dibuka adalah MyTown Cheras, Pavilion Kuala Lumpur, Nu Sentral, dan juga Sunway Pyramid. Malah, ia telah pun mulakan operasi cawangan kedua mereka di Sunway Pyramid bermula hari ini.

Disamping itu, Kenangan Coffee turut menyasarkan pembukaan sehingga 10 kedai di Malaysia menjelang suku pertama 2023 kelak.
Kenangan Coffee dilihat mengambil langkah untuk memperluaskan penawaran dengan memilih lokasi-lokasi premium terlebih dahulu – sekaligus memposisikan jenama mereka supaya lebih dikenali ramai sebelum memperluaskannya.