Selepas Jeff Bezos, kini giliran Elon Musk pula menzahirkan peringatannya kepada semua pihak akan kelembapan ekonomi yang bakal melanda dunia tidak lama lagi.
Mengikut pengamatan pengasas Tesla ini, jangkaan tersebut didorong kelembapan ekonomi yang semakin ketara di China dan Eropah berhubung pemintaan kenderaan elektrik yang semakin terjejas.
Menurutnya pada ciapan twitter rasmi menjawab kepada persoalan umum berhubung kemelesetan ekonomi – risiko tersebut dijangka akan berlarutan sehingga musim bunga tahun 2024.
Just guessing, but probably until spring of ‘24
— Elon Musk (@elonmusk) October 21, 2022
Oleh itu, semua pihak khususnya syarikat di pasaran perlu sedar akan situasi ini bagi memastikan operasi firma tidak terkesan sehingga membawa kepada penutupan.