Artikel

MyCC Beri Shopee Masa Sehingga Akhir Oktober – Perjelas Isu Aduan Penghantaran

Shopee, platform e-dagang Asia Tenggara kini diberi masa sehingga akhir Oktober untuk menjelaskan justifikasi mereka berhubung aduan yang diterima berkaitan isu kualiti khidmat penghantarannya.

Notis tersebut telah dimaklumkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) pada hari ini (21 Oktober) menegaskan platform Shopee perlu menampilkan justifikasi atau pendirian mereka berhubung aduan pengguna yang diterima ketika ini. Ia termasuklah pendekatan penyelesaian yang wajar harus disertakan kepada semua pihak untuk mengatasi masalah tersebut – langkah ini sekaligus dapat membantu semua pihak tanpa menjejaskan kepentingan para pengguna.

Adanya isu berbangkit ini ia tidak hanya membantu Shopee menambahbaik kualiti perkhidmatan  yang sedia ada tetapi turut memabantu pemain industri bersama pengguna memahami perubahan yang diperlukan dalam landskap logistik negara.