Bagi memenuhi tanggungjawab mengundi selaku rakyat Malaysia, para majikan di negara wajar memberi pelepasan cuti bergaji kepada para pekerja.
Menurut Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), meskipun langkah tanggunjawab itu jatuh pada hari minggu iaitu Sabtu, 19 November – namun perlu diambilkira kos perjalanan serta komitmen pekerja untuk mengundi di luar waktu bekerja mereka.
Malah perlu diingat, setiap pekerja memiliki latarbelakang sektor ekonomi yang berbeza – memerlukan ehsan majikan untuk diberi pelepasan lebih awal, bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Saranan dilihat turut seiring dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mewajibkan majikan membenarkan pekerja mereka untuk memiliki cuti gaji yang bermunasabah bagi melunaskan tanggungjawab mengundi.