Indeks Harga Pengguna (IHP) yang turut menilai paras inflasi utama Malaysia ketika ini telah memaparkan penurunan inflasi kepada 4.5% bagi data September 2022.
Tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada laporan hari ini (21 Oktober) – melihat penurunan tersebut telah didorong hasil inflasi Makanan meningkat lebih perlahan pada kadar 6.8 peratus berbanding Ogos 2022 (7.2%).
Selain daripada kumpulan Makanan, antara kumpulan yang mencatatkan peningkatan tinggi adalah Restoran & Hotel sebanyak 6.9% diikuti oleh Pengangkutan (5.3%); Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (4.4%) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (4.0%).
Malah paras inflasi negara turut didorong peningkatan sederhana komponen Makanan di rumah iaitu 5.7% berbanding 6.4% pada Ogos 2022.
Berdasarkan pemerhatian keseluruhan setakat Januari sehingga September, kadar inflasi Malaysia mencatatkan sekitar 3.3%.
