Memahami pelbagai persoalan berlegar di minda rakyat Malaysia berhubung status Bajet 2023 kelak – Tengku Zafrul Menteri Kewangan negara memberi jaminan, negara memiliki peruntukan dan ia akan diluluskan setelah mencapai kesepakatan pada pilihan raya umum kelak.
Jelasnya setiap belanjawan yang dirancang oleh kerajaan, didasari mengikut jangkaan hasil tahunan yang diterima negara pada tahun tersebut. Ini bermakna ia melibatkan aliran positif ekonomi negara bersama keyakinan pelabur di peringkat pasaran kewangan.
Jika negara tidak memiliki keyakinan dan peruntukan – sudah pasti pasaran akan menjunam. Oleh itu, rakyat dinasihatkan untuk tidak khuatir akan status perbelanjaan negara.
Tengku Zafrul juga memaklumkan sama ada peruntukan yang sama akan dibentangkan kelak ataupun tidak, ia bergantung kepada pembentukan kabinet yang mendatang selepas PRU-15.