Berikutan permintaan vaksin COVID-19 yang semakin berkurangan, terdapat banyak pihak menjangkakan kenaikan harga dos tersebut akan berlaku pada pasaran global.
Terbaharu Pfizer akan bertindak menaikkan harga vaksin COVID-19 keluaran syarikat tersebut antara $110 hingga $130 setelah penamatan perolehan dos negara berlaku. Setakat ini Amerika Syarikat (AS) antara yang akan berdepan kenaikan harga tersebut.
Bagaimanapun tidak dinyatakan sama ada negara lain turut berdepan kenaikan yang sama sekiranya program pembelian vaksin bersama Pfizer telah tamat.