Artikel

Ringgit Terus Susut, Cecah Paras Terendah Sejak 1998

Ringgit kekal menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mencapai paras terendah sejak krisis kewangan tahun 1998. Situasi ini berlaku susulan kekurangan pemangkin (pencetus) dan ketidaktentuan pasaran di peringkat dunia.

Pada jam 9 pagi ini (21 Oktober), nilai ringgit diperlihat susut kepada 4.7345/7360 berbanding 4.7270/7290 sebelum penutupan semalam (20 Oktober).

Pemerhati ActivTrades melihat pengukuhan dolar AS telah disokong oleh kadar pengangguran yang rendah – ia menjadi petunjuk kepada pasaran pekerjaan di AS semakin terkawal dan ini akan membawa kepada pengawalan paras inflasi yang lebih baik oleh perbendaharaan AS (fed).

Selain ringgit, yen Jepun juga turut alami penurunan nilai mata wang di paras terendah sejak 1990. Dan diikuti nilai pound Britain juga jatuh selepas Perdana Menterinya Lizz Truss mengumumkan peletakan jawatan semalam (20 Oktober).

Selanjutnya, ringgit terus memperlihatkan penyusutan berbanding mata wang lain – lebih rendah berbanding euro kepada 4.6261/6275, sust berbanding pound Britain kepada 5.3055/3072 dan sedikit jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3215/3230. Namun sedikit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1530/1542.