Artikel

Twitter Mungkin Laksana Pemberhentian Pekerja Kelak – Dijangka Lebih 5,000 Petugas Bakal Terjejas

Elon Musk pada perancangannya memiliki Twitter – memaklumkan akan berlakunya pemberhentian pekerja dalam kalangan 7,500 petugas pada platform media sosial tersebut.

Mengikut laporan Washington Post, sekitar 75% (5,625) pekerja bakal terjejas akan tindakan tersebut dan ia dijangka berlaku dalam beberapa bulan mendatang.

Ini kerana pengurusan Twitter terkini sedang merancang mengurangkan kos pembayaran gaji syarikat sekitar $800 juta menjelang akhir tahun hadapan, 2023.

Bagaimanapun, mengikut pengurusan Twitter pihaknya tidak bercadang melaksanakan pemberhentian secara besar-besaran akan tetapi dokumen rancangan di bawah pengurang kos infrasturktur Elon Musk menunjukkan sebaliknya.