Bersempena sambutan Deepavali tidak lama lagi, PLUS Malaysia menjangkakan jumlah trafik negara akan melonjak bermula 21 Oktober ini.
Mengikut jangkaan, sebanyak 1.9 juta kenderaan sehari akan menggunakan semua rangkaian lebuhraya PLUS berbanding 1.7 juta kenderaan sehari pada hari biasa.
Berikutan trafik yang tinggi ini, PLUS menasihati orang awam yang akan melaksanakan perjalanan dari Lembah Klang ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor untuk memasuki lebuhraya sebelum jam 10 pagi. Sementara pengguna lebuhraya dari negeri-negeri untuk ke Lembah Klang pula disarankan memasuki lebuhraya sebelum jam 10 pagi juga.
Kesesakan ini menurut PLUS tidak hanya kemeriahan rakyat Malaysia untuk meraikan perayaan tetapi cuti tambahan persekolahan juga turut bermula pada 21 Oktober sehingga 26 Oktober kelak. Maka semua pihak yang terlibat dinasihatkan untuk menyemak baki tambah-nilai kad Touch ‘n Go anda, bagi mengelakkan sebarang kesesakan di laluan plaza tol.