Artikel

Capital A Lancar IKHLAS – Rancang Masuki Pasaran Mesra-Muslim Di Indonesia

IKHLAS, yang telah bermula sejak April 2020 lalu kini telah diperluaskan kepada platform gaya hidup patuh syariah di bawah Capital A.

Pengguna kini boleh mendapatkan pelbagai tawaran pakej penerbangan menarik bersama IKHLAS. Antaranya paej umrah serendah RM5,990 dan pakej kembara halal pada harga mampu-milik.

Selain itu, platform IKHLAS turut menawarkan akses digital pada aplikasi kepada pengguna – seperti perkhidmatan ibadah Qurban, zakat, aqiqah, fidyah dan sadaqah. Malah perkhidmatan ‘Shop with Ikhlas’ bersama lebih 1,000 produk juga turut tersedia untuk pembelian pengguna.

Bagi langkah selanjutnya, Capital A menyasarkan platform IKHLAS berupaya mencapai 1 juta pengguna di samping merancang meneroka pasaran baharu iaitu Indonesia – mulai Mei tahun hadapan, 2023.