Meta Malaysia dalam persediaan membantu rakyat negara membentuk sebuah pentadbiran yang realistik – kini menetapkan matlamat mereka melindungi integriti Pilihan Raya Umum negara.
Langkah tersebut akan membawa kepada tindakan Meta memerangi perkongsian maklumat yang salah, status ucapan hasad, serta meningkatkan literasi digital kalangan pengguna. Khususnya melibatkan golongan muda.
Adanya langkah sedemikian ia tidak sekadar meluaskan platform buat semua pihak menyuarakan pendapat mereka tetapi, turut memberi jaminan platform Meta tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak ketiga.
Apa yang menarik, Meta turut miliki kerjasama dengan penyemak fakta kandungan untuk meneliti dan menapis berdasarkan piawaian Panduan Komuniti siaran platform.
Setakat ini terdapat lebih 90 organisasi penyemak fakta bersama 60 penggunaan bahasa yang berbeza di seluruh dunia laksana kerjasama dengan Meta, untuk memastikan segala siaran maklumat yang dipaparkan memenuhi piawaian kumpulan dan melindungi integriti pengguna tempatan ketika proses pilihan raya sedang dijalankan.