Artikel

Lebih RM1 Bilion Anggaran Kos, Untuk Laksana PRU15 – SPR

Setelah mencapai kesepakatan memilih 19 November sebagai tarikh hari mengundi awam untuk rakyat Malaysia – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini menyasarkan jumlah peruntukan untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum-15 (PRU15) adalah sekitar RM1.01 bilion.

Anggaran kos tersebut menurut Pengerusi Tan Sri Abdul Ghani Salleh, merangkumi operasi keseluruhan di  pusat mengundi negara – dengan 9,536 buah dan 39,318 tempat mengundi atau saluran mengundi.

Pelaksanaan ini sekaligus akan membawa negara mengisi kekosongan 22 kerusi Dewan Rakyat serta 42 kerusi Dewan Negeri Pahang, 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis dan 59 kerusi Dewan Negeri Perak. SPR turut memaklumkan PRK DUN N.66 Bugaya, Sabah akan diadakan serentak untuk mengisi kekosongan kerusi tersebut.

Maka pada persediaan semasa, SPR menjangkakan seramai 21 juta pengundi pada komitment PRU15 ini.