Pengasas Amazon, Jeff Bezos kini mula memberi gambaran bahawa detik sukar bakal menimpa dunia tidak lama lagi, di mana risiko kelembapan ekonomi dilihat semakin meningkat.
Perkongsiannya pada temubual CNBC minggu ini menegaskan, semua pemimpin korporat bersama pelabur perlu sedar akan tekanan tersebut. Ini bermakna persediaan perlu dilaksanakan susulan peluang ekonomi akan semakin menipis.
Malah Ketua Kewangan Wall Street Solomon turut akui ketidaktentuan ekonomi akan terus menimpa perdagangan semasa. Ini kerana dasar monetari yang lebih ketat dan kadar faedah yang lebih tinggi dari semasa ke semasa telah melonjakkan lagi jangkaan tersebut.
Pemerhati ekonomi Amerika Syarikat (AS) turut melihat pasarannya dijangka berupaya tergelincir ke dalam kemelesetan ekonomi dalam tempoh 6 bulan mendatang – sekiranya lonjakan inflasi dan faedah terus agresif. Maka semua pelabur dan pemimpin korporat perlu laksana persediaan berjaga-jaga untuk depani krisis tersebut.