Artikel

Rasmi : PRU15 Akan Diadakan Pada 19 November, Jatuh Hari Sabtu

Seperti yang umum ketahui pada 10 Oktober lalu – Perdana Menteri Ismail Sabri telah melaksanakan pembubaran Parlimen, setelah mendapat persetujuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Susulan pelaksanaan tersebut, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kini mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 dikuat kuasakan pada 19 November 2022, jatuh hari Sabtu. Manakala bagi tarikh hari mengundi awal untuk kumpulan terpilih seperti penguatkuasa akan dilaksanakan pada 15 November, hari selasa.

Menerusi pengumuman rasmi pada sidang tengahari ini (20 Oktober), rakyat Malaysia bersama seluruh pihak diminta untuk merancang perjalanan anda dengan baik pada tempoh tersebut untuk mengelak sebarang kesesakan perjalanan.