Artikel

MAVCOM Tambah-Baik Perlindungan Pengguna – Antaranya Jamin Hak Bayaran Balik Penumpang

Dalam usaha meningkatkan perlindungan ke atas pengguna, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) kini menerbitkan kertas rundingan berhubung usul pindaan terhadap Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC).

Cadangan pindaan yang akan dikuat kuasakan pada suku pertama 2023 kelak akan melibatkan pemerkasaan bayaran balik pada nilai asal harga tiket, hak penumpang, pas perjalanan, dan penawaran disebalik tindakan pembatalan penerbangan yang berlaku ke atas pengguna.

Selain itu, MAVCOM turut mencadangkan penambahbaikan ke atas syarikat penerbangan untuk kemukakan penyelesaian sekiranya berlaku krisis kewangan atau sebarang gangguan operasi bersama pendekatan terbaik untuk mereka menampung kembali kerugian yang dialami para penumpang.

Oleh itu, bagi memperkasakan usaha usul ini sebelum dilaksanakan – semua pihak disarankan kemuka maklum-balas bersama cadangan bertulis kepada MAVCOM sebelum jam 5 petang di tarikh akhir 7 November kelak.