Artikel

Pasar Raya, Kedai Jual Produk Label ‘Tiada Minyak Sawit’ – Perlu Bersedia Didenda

Tindakan segelintir pasar raya dan kedai runcit yang mempamerkan atau menjual produk label ‘Tiada Minyak Sawit’ pada pembungkusannya – perlu bersedia untuk berdepan denda.

Pengenaan denda itu selari dengan Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) yang menjelaskan penggunaan tanda atau label pada maklumat produk, mendiskriminasikan minyak sawit adalah dilarang dalam undang-undang.

Menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) sekiranya didapati bersalah, pihak yang berkaitan berpotensi berdepan denda sekitar RM250,000 atau penjara 5 tahun. Malah penggunaan label itu turut dilarang di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 Akta Makanan 1983, Peraturan 18.

MPOC melihat tindakan anti-minyak sawit ini wajar ditangani negara, ia tidak sekadar menjejaskan pemahaman pasaran makanan tetapi turut memberi kesan kepada perkembangan industri negara dalam memiliki perdagangan yang saksama.