Artikel

Kadar Tol AKLEH, GCE, LKSA Dan SILK Turun Sehingga 15% – Mulai 20 Oktober

Seperti yang umum ketahui, bermula 20 Oktober ini kadar bayaran tol bagi 4 lebuh raya di Lembah Klang, untuk fasa pertama akan alami penurunan.

Ini melibatkan Lebuhraya Bertingkat Akleh (Ampang-Kuala Lumpur), Lebuhraya GCE (Koridor Guthrie), LKSA (Lebuhraya Kemuning-Shah Alam) dan SILK (Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang).

Pengurangan 4 lebuh raya tersebut akan memperlihatkan penurunan antara 8% hingga 15% buat pengguna. Berikut adalah perincian perubahan kadar tol mengikut kelas pengangkutan;

Kelas Satu – Kenderaan yang dua gandar atau tiga atau empat roda, kecuali teksi dan bas

Kelas Empat – Teksi

Kelas Lima – Bas

Menerusi penerapan kadar baharu ini, di harap orang awam merancang perjalanan anda dengan baik serta memastikan tambah-nilai pada kad Touch ‘n Go mencukupi untuk mengelakkan berlakunya kesesakan.

Sementara itu, bagi penurunan kadar bayaran tol untuk fasa kedua pula – akan dilaksanakan pada 1 Januari 2023 kelak, melibatkan laluan Lekas (Lebuhraya Kajang-Seremban) dan Besraya (Lebuhraya Sungai Besi).