Artikel

India Dijangka Atasi Jerman, Jepun – Jadi Ekonomi Ketiga Terbesar Dunia Pada 2028

Dua tahun lebih awal, dijangka India berpotensi menjadi negara ekonomi ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat (AS) dan China menjelang tahun 2028.

Jangkaan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) itu secara langsung menyatakan India akan mengatasi Jerman dan Jepun dalam persaingan kuasa ekonomi bermula tahun 2027 kelak.

Selain itu, pada tahun ini IMF turut menjangka India akan melepasi United Kingdom (UK) untuk tampil tersenarai sebagai 5 ekonomi terbesar dunia.

Peningkatan ini turut diakui SBI – State Bank of India, apabila menyasarkan kedudukan tersebut dapat dicapai pada 2029, ini merangkumi usaha India mengekalkan kadar pertumbuhan semasa mereka.

Untuk makluman keyakinan sektor teknologi pada pasaran India tidak hanya melengkapkan ekosistem digital mereka dalam pelaburan tetapi turut menjadikan India antara pilihan pengeluaran peranti pintar bagi agihan global. Ia sekaligus mengukuhkan pasaran buruh dan menjadikan India terima manfaat disebalik kelembapan kemasukan pelaburan baru di pasaran China.