Artikel

Eksport Malaysia Kini Melonjak 30.1% – Rekod RM144.3 Bilion

Prestasi eksport negara semakin mengukuh, apabila mencatatkan peningkatan 30.1% kepada RM144.3 bilion pada September ini.

Tinjauan di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu memperincikan secara keseluruhan jumlah dagangan negara adalah RM258.9 bilion meningkat 31.4%.

Sementara imbangan dagangan atau eksport bersih pula mencatatkan jumlah RM31.7 bilion, naik 20.9%. Diikuti prestasi import pula sekitar RM112.6 bilion dengan lonjakan 33%.

Menerusi pertumbuhan ini, didapati terdapat 3 sektor ekonomi yang menyumbang kepada prestasi positif tersebut iaitu;

  • Pembuatan – eksport RM122.2 bilion (28.7%), import RM91.6 bilion (25.9%)
  • Perlombongan – eksport RM11.1 bilion (89%), import RM12.0 bilion (153.6%)
  • Pertanian – eksport RM10.4 bilion (8%), importRM6.5 bilion (33.8%)