Artikel

Bekalan Telur Ayam Didapati Berkurang – Di Peringkat Peruncit

Menjelang perayaan Deepavali yang bakal berlangsung pada akhir minggu ini, didapati terdapat ketirisan bekalan telur ayam di peringkat peruncit.

Pengamatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada isu ini dilihat berlaku di beberapa kawasan Negeri Sembilan.

Melihat pada kekurangan bekalan tersebut, KPDNHEP menegaskan situasi ini tidak menjejaskan harga pasaran yang ditetapkan oleh kerajaan. Setakat ini, pada peringkat peruncit harga ditetapkan untuk telur ayam Gred A sekitar 0.45/biji, Gred B 0.43/biji dan Gred C 0.41/biji.

Malah berhubung isu ketirisan itu, KPDNHEP telah dapati tiada berlaku sebarang pengurangan pengeluaran di peringkat ladang untuk pasaran di Negeri Sembilan.

Kekurangan yang berlaku berikutan permintaan pembelian yang semakin meningkat di negara.