Artikel

Malaysia Sasar Perkenal Sistem e-Invois Secara Berperingkat – Perkasa Kecekapan Cukai Negara

Pentadbiran negara ketika ini bersetuju untuk melaksanakan pendekatan ‘dua tonggak’ dalam sistem percukaian – di mana merancakkan prestasi pada pelaburan langsung asing dan tempatan.

Menurut Tengku Zafrul Menteri Kewangan pada sidang tahunan SGATAR, penyelidikan percukaian Asia Pasifik 2022 hari ini (18 Oktober) menjelang tahun 2024 semakan berhubung mencegah pengelakan cukai rentas sempadan akan dilaksanakan. Pendekatan dua tonggak tersebut akan berpandukan kepada inisiatif BEPS – Hakisan Asas dan Peralihan Keuntungan 2.0.

Malah kerajaan sementara juga berhasrat melaksanakan sistem invois elektronik secara berfasa pada tahun hadapan – bagi memperkasakan kecekapan percukaian negara. Langkah itu dilihat dapat membantu perniagaan elektronik memiliki jejak audit yang lebih jelas. Secara langsung meningkatkan ketelusan cukai dan ketirisan hasil negara.

Mengikut penjelasan lanjut, pelaksanaan e-invois akan menyokong penggunaan Tax Identification Number (TIN) yang kelak diwajibkan untuk semua dokumen dan instrumen melibatkan rakyat negara yang berusia 18 tahun dan ke atas. Usaha tersebut akan meluaskan kutipan cukai pendapatan dan mengukuhkan perolehan hasil kepada negara.