Artikel

AirAsia X Sedia Ambil Semula Bekas Juruterbang, Kru Kabin – Yang Terkesan Akibat Pandemik Lalu

Seiring dengan usaha merancakkan kembali sektor penerbangan dan pelancongan Malaysia, kumpulan AirAsia X (AAX) kini menggandakan usaha mereka penuhi permintaan perjalanan jarak sederhana dan pendek.

Memahami keperluan itu, AAX mengumumkan akan meningkatkan jumlah penerbangan kepada 44 penerbangan mingguan merentasi 10 laluan. Malah pihaknya turut akan meningkatkan kekerapan perjalanan dalam tempoh 2 bulan mendatang.

AAX juga sedia sedar kapasiti tenaga kerja perlu dipertingkatkan untuk memenuhi matlamat tersebut – maka pihaknya menyatakan ketersediaan untuk membuka peluang kepada bekas juruterbang serta kru kabin yang sebelum ini terkesan disebabkan pandemik COVID-19, untuk kembali bertugas semula pada Disember 2022 kelak.

Setakat ini, pihaknya telah mengambil semula seramai 131 kru kabin, yang terpaksa berhenti ekoran kesan COVID-19 dan secara keseluruhannya pihaknya kini telah mengaktifkan semula seramai 175 juruterbang dan 285 kru kabin untuk persediaan perkhidmatan.