Menyedari permintaan pembelian kediaman yang lebih eksklusif di Lembah Klang untuk keselesaan kumpulan berusia – Sunway Healthcare pada suku kedua tahun 2023 kelak, bakal melancarkan kediaman untuk warga emas.
Sunway menetapkan matlamat, ingin menjadikan pelan ini sebagai piawaian baharu dalam membangunkan kediaman untuk warga emas di Malaysia.
Unit kediaman ini dimaklumkan akan dilengkapi dengan kemudahan meliputi perkhidmatan penjagaan diri, teknologi, kesihatan dan keselamatan penghuni unit. Lebih menarik turut dijamin terdapat perkhidmatan awam 24 jam bersama pengurusan kediaman untuk sebarang kesulitan premis.
Mengikut makluman, kediaman yang dijangka buka tempahan pada akhir tahun ini akan dibangunkan bersebelahan Pusat Perubatan Sunway di Subang Jaya – iaitu lokasi hospital utama Sunway.