Bank-bank di Malaysia dilihat miliki keupayaan meraih hasil serta keuntungan yang lebih baik disebalik peningkatan kadar faedah dan struktur ekonomi negara yang semakin mengukuh.
Pemerhatian agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings ini mendapati aspek sedemikian mampu mempengaruhi persekitaran operasi sektor perbankan di negara. Adanya penetapan kadar yang lebih tinggi, ia akan meningkat kos dana terhadap bank dan dalam tempoh selang masa pada penentuan semula liabiliti berbanding aset – situasi itu akan mendorong kepada peningkatan margin pinjaman.
Sehingga akhir 2023, Fitch menjangkakan rakyat Malaysia akan terus berdepan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) iaitu sekitar 50 mata asas.
Maka jika kenaikan tersebut terus berlaku ia akan memberi kelebihan kepada perbankan untuk memanfaatkan pertumbuhan pinjaman dari semasa ke semasa.