Kopi Kenangan, penyedia minuman dan makanan yang berstatus unicorn di Indonesia kini telah meluaskan jejak jenama mereka ke pasaran Malaysia – apabila membuka cawangan pertamanya yang dikenali sebagai Kenangan Coffee, di Suria KLCC – Kuala Lumpur pada hari ini (17 Oktober).
Pembukaan ini tidak sekadar menjadi cawangan pertama buat Malaysia tetapi turut meletakkan negara sebagai destinasi terawal buat Kopi Kenangan meluaskan jenamanya di pasaran Asia Tenggara.
Menurut Pengasas Kopi Kenangan Edward Tirtanata bersama James Prananto – perluasan jenama mereka di Malaysia turut menyertakan penggunaan aplikasi Kopi Kenangan buat pengguna tempatan. Di mana para pengguna boleh menikmati pelbagai ganjaran disebalik kutipan mata bagi setiap pembelian minuman di Kenangan Coffee.
Malah Kopi Kenangan turut membuka akademi latihan di Petaling Jaya bagi memperkasakan pengetahuan cara membuat kopi bersama bakat baru barista di Malaysia. Usaha ini tidak hanya meningkatkan pengetahuan penghasilan minuman kopi tetapi turut membuka peluang pasaran buruh buat tenaga perkhidmatan tempatan.
Seterusnya Kopi Kenangan juga sebelum ini pihak mereka telah berjaya meraih $96 juta pada pembiayaan siri C yang sekaligus telah membawa nilai Kopi Kenangan lebihi $10 bilion. Melalui perolehan tersebut, jenama di bawah Tybourne Capital Management ini berhasrat meluaskan rangkaian di peringkat antarabangsa dan memaklumkan akan turut meluaskan jenama baharu yang lain.
Merangkumi jenama kecilnya iaitu Kenangan Manis, Cerita Roti dan Chigo di pasaran rantau. Selain cawangan di Suria KLCC, pihaknya turut memaklumkan terdapat 4 cawangan lain akan menyusul dalam tempoh Oktober sehingga November ini – meliputi cawangan di MyTown Cheras, Pavilion KL, NU Sentral KL dan Sunway Pyramid Petaling Jaya.